Followers

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

rph bru
 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )


Tarikh/hari                 : 10.03.2012/ Isnin
Mata pelajaran            : Bahasa Malaysia
Tahun                          : 2  Afdal
Bilangan Murid            : 37 orang
Tema                           : Makanan Untuk Kesihatan
Tajuk                           :  Makanan Seimbang
Masa                           :  10. 45 – 11.15 pagi ( 30 minit )

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :

·         Berinteraksi dengan pihak lain berkaitan dengan makanan.

·         Memadankan gambar dengan zat makanan yang disediakan.

·         Menulis nama makanan mengikut zat makanan.

 


Standard Pembelajaran:

1.3.2      Mendengar,memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan bercapah.

2.4.2      Membaca dan memahami maklumat daripada bahan multimedia untuk menyatakan maklumat mengikut urutan dengan betul.
      
3.5.1         Mencatat maklumat penting dengan betul daripada pelbagai sumber.
    
Kemahiran Bahasa       :  mendengar dan bertutur, membaca, menulis
Sistem Bahasa              :  sebutan dan intonasi, kata nama, kosa kata
Ilmu                                : Pend.Kesihatan, Sains
Nilai Murni               :   bersyukur, bertanggungjawab, menjaga kebersihan                        
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir :    Menjana idea , menghubung kait.
Kecerdasan Pelbagai : muzik, verbal – linguistik , imterpersonal,
Kajian mana depan dan pembelajaran konstruktivisme
Pengetahuan Sedia Ada :       Murid dapat memberitahu makanan yang biasa dimakan
BBB :                                       bahan multimedia, lembaran kerja dan alat tulis.



Isi Pelajaran


Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan


Set Induksi
 (3 minit)

   Murid ditayangkan
slaid nyanyian yang
berkaitan dengan
   tajuk.

i)      Murid diminta untuk mendengar lagu sambil menghayatinya.
ii)   Murid pula menyanyi lagu tersebut.
iii) guru mengaitkan aktiviti dengan  tajuk pengajaran yang akan diajar pada hari itu.

KB : menghubungkait,
Menjana idea

BCB: i) menonton dengan
aktif
ii)berinteraksi dengan pihak lain berkaitan tajukBBB : power point
BBB: CD P&P Thn.2
Langkah 1
( 5 minit )

  Guru menerangkan berkaitan dengan tajuk


i) guru menyatakan jenis-jenis makanan seimbang dan kepentingannya untuk tumbesaran tubuh badan.

ii) guru juga menjelaskan perihal zat makanan.


KB : membuat inferens

BCB :
i) mendengar dengan aktif.

BBB :   CD P&P Thn.2








      

Langkah 2
(10 minit )

Aktiviti kelas.



i) Murid diminta melakukan aktiviti melalui slaid yang disediakan – menyusun gambar makanan di tempat zat makanan yang betul sambil dibimbing guru.




KB : menghubungkaitkan,
menjana idea
BCB : memproses
maklumat dan melaporkan
maklumat.
KP : verbal linguistik,
intrapersonal

BBB : CD P&P Thn.2



Langkah 3
( 7 minit )

Aktiviti kelas - individu





Pengayaan
( lembaran kerja )

i) Murid diminta mengisi jawapan pada lembaran kerja yang diberi sambil dipantau dan bimbingan guru.

ii) jika terdapat murid yang siap aktiviti tersebut,guru menayangkan slaid glosari untuk menambah kosa kata mereka.

iii) guru mengumpul latihan murid dan membetulkan kesalahan murid jika ada kesalahan.







KB : menjana idea,
menghubungkaitkan,
membuat inferens.

BCB : mengumpul,
memproses, mencatat dan
melaporkan maklumat.

KP :
intrapersonal;interpersonal,
visual, verbal-linguistik.

BBB : kertas lembaran kerja

Penutup
(5 minit)

Guru membuat rumusan mengenai pengajaran yang
telah diajar hari ini.

Guru juga bertanya nilai-nilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran.


i)murid digalakkan supaya mengumpul maklumat tambahan daripada bahan-bahan
yang lain bagi menambahkan
pengetahuan mereka.

ii)murid juga menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut.




Nilai-nilai murni :
-Bersyukur
-bertanggungjawab
-menjaga kebersihan























REFLEKSI MAKROPENGAJARAN
Kelas                     :  2 Afdal
Tarikh                   : 
Masa                    :  10.45 – 11.15 pagi
Jumlah Murid     :  37 orang
Tajuk                    :  Makanan Seimbang        

Refleksi         
                    Murid-murid telah memberi respon yang menggalakkan apabila guru meminta mereka menyanyi beramai-ramai. Mereka begitu berminat sekali. Semasa guru memberi penerangan dalam proses P&P murid-murid telah memberi tumpuan yang baik. Sewaktu aktiviti  pada tayangan tersebut  saya dapati murid-murid saya aktif dan teruja untuk melakukannya. Saya berasa gembira semasa aktiviti ini kerana sebahagian daripada murid saya  telah mengambil bahagian dengan baik dan berkesan.
                       
                     Pengetahuan sedia ada murid juga agak luas dan memuaskan hati saya walaupun usia mereka baharu lapan tahun.  Penggunaaan alat multimedia membuatkan mereka seronok untuk belajar dan ini lebih menarik minat mereka. Di samping itu juga dengan gambar-gambar yang berwarna-warni menambahkan lagi minat mereka untuk meneroka denagn lebih mendalam lagi.

                      Semasa aktiviti pengayaan di lembaran kerja , saya dapati mereka berlumba-lumba sesama mereka untuk menyiapkan tugasan itu . Selepas saya menyemak latihan murid-murid saya iaitu selesai proses P&P  , saya dapati 32 orang murid saya telah menjawabnya dengan betul, dan  5 orang lagi cuma salah  2 soalan sahaja. Ini amat membanggakan saya kerana saya kira objektif saya telah tercapai pada keseluruhannya.

                      Jadi saya berharap saya akan menjadi guru yang sentiasa membimbing anak murid saya ke a rah nilai-nilai murni yang baik demi masa hadapan pelajar kita .




 

No comments:

Post a Comment